Friday 25 July 2014

Novel Pertamaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Haa macam agak skema intro tu. OK ini boleh dikatakan kali kedua saya mengepos kat blog. Baru teringat balik ada blog rupanya aku ni.
Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak Buku Fixi yang memberi peluang untuk saya menerbitkan buku ni. Masa menulis proposal tu ada dua proposal. Satu kena reject, dan satu lagi dapat diterima. Dan inilah dia hasilnya Alhamdulillah.

Inilah dia novel pertama saya yang akan mula dijual online pada 31hb Julai nanti di fixi.com.my insyaaAllah ^_^. Boleh tahan gembira sampai rasa macam nak nangis pun ada. Sekarang dah start gedebak gedebuk dipromote di twitter @BukuFixi. Siapa yang belum follow tu bolehla follow! Twitter saya @syahmihafizuddi. Tak cukup space nak letak huruf 'n' kat hujung tu.

Serba sedikit tentang novel ni eh?
Boleh baca sinopsis dialah. Kalau dekat Goodreads sinospis dia macam ni...

Martial arts champ Aiman is searching for his missing father. All paths lead to the Martial Arts Underground Tournament (MAUT), which becomes the arena for a deadly game of vengeance.

Basically novel ni tentang Aiman yang kehilangan ayah secara tiba-tiba. Dan salah satu cara untuk cari ayah dia ialah dia mesti join pertandingan Martial Arts Underground Tournament (MAUT). Tapi perjalanannya tak semudah itu. Macam-macam persoalan dan konflik yang akan timbul di pertengahan cerita dan segalanya akan terjawab akhirnya di gelanggang MAUT.
Boleh dikatakan hampir semua bab dalam novel ni ada adegan aksi fighting dan juga sound effect- buk! dum! dush! prak! poww! haa kau~ untuk mendatangkan feel filem aksi ala-ala hollywood campur anime gitu.

OK. Terima kasih kepada yang sudi membaca post ni dan yang minat membaca novel tu, belilah buku TANGKAS ye! Dan jangan expect ending dia macam biasa2 je. Ada sedikit twist di situ.

Sekian, Assalamualaikum. Babai!